Objektif:
- Memastikan semua permohonan pendaftaran kontraktor bekalan dan perkhidmatan dengan Perbendaharaan Malaysia Sarawak diuruskan secara teratur, telus dan tulus;
- Memastikan syarikat-syarikat yang didaftarkan oleh Perbendaharaan Malaysia Sarawak adalah syarikat yang berupaya melaksanakan bekalan dan perkhidmatan kepada kerajaan dengan teratur, cekap dan berkesan;
- Memastikan proses pendaftaran kontraktor bekalan dan perkhidmatan adalah yang terbaik dan paling menguntungkan (dari segi hasil, kos dan masa) kerajaan dan juga kontraktor; dan
- Membantu menjayakan dasar-dasar kerajaan melalui pendaftaran kontraktor.
Fungsi:
- Memproses permohonan baru / pembaharuan / tambah bidang dan taraf Bumiputera bagi Bekalan dan Perkhidmatan;
- Melawat syarikat yang memohon Taraf Bumiputera dan Taraf Pembuat;
- Melakukan lawatan pemeriksaan (Pemutihan) ke atas syarikat-syarikat yang berdaftar;
- Menjadi urusetia Jawatankuasa Pendaftaran Syarikat (JPS);
- Menyediakan laporan pengesyoran bagi tindakan ke atas syarikat-syarikat yang melanggar peraturan pendaftaran; dan
- Membekal maklumat pendaftaran syarikat kepada Agensi Kerajaan dalam bidang bekalan / perkhidmatan.