Kenyataan Tawaran Sebutharga-Perkhidmatan Penyewaan Mesin Penyalin Pendua (Fotostat) bagi tempoh satu (1) tahun untuk Pejabat Perbendaharan Malaysia Sarawak
Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Perbendaharaan Malaysia Sarawak / Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang yang berkaitan adalah dibenarkan untuk menyertai sebutharga seperi berikut:
No. Sebutharga |
Perkara |
Syarat Pendaftaran |
Tarikh Tutup |
Bil 04/2016 |
Perkhidmatan Penyewaan Mesin Penyalin Pendua (Fotostat) bagi tempoh satu (1) tahun untuk Pejabat Perbendaharan Malaysia Sarawak |
Berdaftar dengan Perbendaharaan Malaysia Sarawak / Kementerian Kewangan Kod Bidang 221502 |
17 Ogos 2016 (Rabu) Jam: 12.00 tengahari |
2. Penyebutharga yang berminat menyertai sebutharga ini adalah dipelawa untuk mengambil dokumen sebutharga di Pejabat Perbendaharan Malaysia Sarawak bermula pada 9 Ogos 2016 (Selasa) 3. Dokumen sebutharga yang lengkap diisi boleh dikemukakan terus kepada urusetia sebutharga melalui: Serahan tangan di alamat:
Urusetia Sebutharga Perbendaharaan Malaysia Sarawak Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga, 93592 Kuching SARAWAK
4. Kerajaan adalah tidak akan terikat untuk menerima sebutharga yang terendah atau mana-mana sebutharga dan pejabat ini berhak menerima mana-mana tawaran daripada penyebutharga yang berpatutan dan munasabah.
Sekian, terima kasih