Sejarah

Sejarah

Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMS) dahulunya dikenali dengan nama Pejabat Kewangan Persekutuan Sarawak (PKPS) telah ditubuhkan pada tahun 1967 melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 11 Tahun 1967. PMS berperanan dalam melaksana dan mengawal perkara dan urusan yang berkaitan dengan pentadbiran kewangan Kerajaan Persekutuan di Negeri Sarawak. Semasa penubuhan pada tahun 1967, PMS di tempatkan di bangunan Electra House, Jalan Ban Hock, Kuching.

 

 

Pada tahun 1971 melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/73, Pejabat Kewangan Sarawak serta fungsi kewangan Sarawak di mansuhkan. Fungsi Kewangan di serap ke dalam Bahagian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Sarawak.

 

 

Pada tahun 1974, Pejabat Kewangan Sarawak di wujudkan semula dan ditempatkan di tingkat 2 dan 3, Bangunan Ang Cheng Ho, Jalan Tunku Abdul Rahman dan mempunyai 9 orang pegawai dan kakitangan.

 

 

Pada tahun1976, Pejabat Kewangan Persekutuan berpindah ke tingkat 8, Wisma Persekutuan Kuching (kini Tun Datuk Patinggi Tuanku Hj. Bujang).

 

 

Pada tahun 1986, Pejabat Kewangan Persekutuan telah berpindah ke lokasi sekarang iaitu di Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93592 Kuching, Sarawak. Manakala pada tahun 1995 nama Pejabat Kewangan Persekutuan di tukar kepada Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMS). Kini, PMS mempunyai 45 orang kakitangan yang terdiri daripada 8 orang pegawai dan 37 orang kakitangan sokongan.

Pejabat Kami

PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK

Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93592 Kuching, Sarawak

Telefon no

tel  082-421333 / 082-421755 / 082-425154/ 082-425331

fax lama 082-424489

Emel

email pmswk@mof.gov.my

fblogo  instalogo  ytubelogo

Pengunjung

HarianHarian57
SemalamSemalam67
MingguanMingguan98
BulananBulanan1434
JumlahJumlah40747

Pejabat Kami

PERBENDAHARAAN MALAYSIA SARAWAK

Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93592 Kuching, Sarawak
tel  082-421333 / 082-421755 / 082-425154

fax lama 082-424489